Showing posts with label testimoni pengunjung. Show all posts
Showing posts with label testimoni pengunjung. Show all posts

Wednesday, May 30, 2012

En Rokhidi dari Gurun, Kedah

Terima kasih kami kepada en Rokhidi bersama keluarga, yang terdiri dari isteri dan 3 anak remaja lelaki mereka.
Pilihan tarikh yang tepat untuk melawat Melaka iaitu semasa cuti sekolah dan bukan pada ujung minggu. Mudah lah mereka bergerak didalam Bandar Melaka, tak perlu menempuh jem yang teruk.
Selain melawat sekitar tempat-tempat bersejarah, mereka juga mengambil kesempatan melawat kenalan dan saudara mara yang tinggal di Melaka.
Semasa perjalanan pulang, mereka akan singgah berehat di Port Dickson pulak.
Terima kasih kami ucapkan kerana sudi menginap di Homestay Taman Cempaka kami. Harap En Rokhidi dan keluarga gembira tinggal di rumah kami selama 3 hari 2 malam..
Semuga selamat sampai ke destinasi...


Sunday, February 19, 2012

Terima kasih keluarga En Hamizi/Pn Nurul

Riang Gembira di Studio Mewah

Picture never lies!! Itu lah yang terpancar di wajah-wajah ceria keluarga besar En Hamizi/Pn Nurul dari Subang, Selangor ini. Terima kasih kami kepada keluarga en Hamizi kerana sudi menginap di Studio Mewah kami.
Yang paling gembira adalah kanak-kanak. Mana taknya, mereka sungguh seronok mandi-manda dan bermain air di dalam bathtub.. Juga ada ruang yang luas untuk mereka berlari berkejaran di situ. Tapi awas yer, lantai seramik kami sangat licin apabila basah..

Kemasan dalaman Studio Mewah kami sangat menawan hati En Hamizi dan isteri nya Pn Nurul. Lantai seramik warna hitam bercorak menarik serta licin-berkilat, bilik mandi yang luas berdindingkan "frosted glass" memang romantik sekali.

Bathtub di dalam bilik tidur, di tepi tingkap, menambahkan lagi suasana romantik apabila berendam pada waktu malam..ish ish iiissh..! Ini lah keunikan Studio Mewah kami..

Pelbagai lampu hiasan dinding dan siling, di pilih khas bagi menambahkan lagi suasana romantik di bilik tidur. Anda pasti ingin berbulan madu di sini, tak kiralah kali pertama atau yang ke sekian kalinya...

Ada keluarga yang datang kesini semata-mata ingin berehat sambil menikmati suasana damai di dalam Studio Mewah kami. Harga nya memang sangat berpatutan dan termampu oleh setiap keluarga..

Friday, February 10, 2012

Terima Kasih En Fuad dan Zahidi

Ucapan ribuan terima kasih kepada En Fuad dan En Zahidi dan keluarga yang telah menginap di Alpha Homestay baru2 ini.

En Fuad, dari Kuala Lumpur, telah menginap di Bachelor's Cottage kami kerana bertugas di tapak projek beliau yang hampir dengan homestay kami. Beliau gembira dapat tinggal di sini kerana dapat berulang-alik ketempat kerja tanpa perlu menempuh trafik jem. Tambahan pula bilik yang kami sediakan serta fasiliti nya bersesuaian dengan cita rasa dan bajet beliau.
 Double Room di Bachelor's Cottage

Manakala En Zahidi dari Pahang beserta isteri dan keluarga telah menginap di Homestay Taman Cempaka pada pada ujung minggu lalu. Kedatangan beliau dengan rombongan yang agak ramai, kira2 10 orang itu, tidak menghadapi apa2 masalah kerana rumah teres 3 bilik itu cukup luas bagi menampung anak2 dan cucu En Zahidi.
Pandangan Depan Tmn Cempaka

Terima kasih sekali lagi kepada En Fuad dan En Zahidi serta keluarga. Semuga bertemu lagi di Alpha Homestay di musim percutian akan datang.

Tuesday, February 7, 2012

Selamat Datang Dato' Ismail dan Keluarga

Dato' Ismail, Wife and Kids
We at Alpha Homestay feel very honored to receive Dato' Ar. Hj. Ismail bin Hj Hashim, as our guest during the last long weekend. Although the visit was un-planned by him, but we feel so grateful to receive such a respectful corporate figure into our Studio Deluxe.
Coincidently, Dato' and his family was not able to find any room in any hotel in Melaka town on that evening. It was his friend who stayed in our Studio the previous week introduced him to me. And Dato' was lucky since I had last minute cancellation on that evening.
Cheerful faces...
For Dato' to arrive at Alpha Homestay from Melaka Raya, was like a nightmare.. In normal day, it took less than 10 minutes. But that evening was really a nightmare, it took him more than 2 hours and constant communications with me to guide him to our homerstay. 
Dato' and my two other guests were amongst those many thousands people (mostly tourist.!) who were trapped in Melaka Raya, Dataran Pahlawan and Banda Hilir areas that evening. The locals, like me, normally will never go to that area during long weekends. We know how bad the jam will be.. By the way, finally Dato' arrived at our place just after mid-night..!!
Happy Ending, No Regret..!!
All the hardship got paid off when Dato' and family arrived at our place. They like our place very much, it's modern, simple, comfortable and spacious for their family.
We would like to thank Dato' Ismail and his family for staying with us. We wish to see you all again in the near future. Hope we can talk more about Bird's Nesting and some other interesting projects..


Sunday, February 5, 2012

Terima kasih En Mohd dan Pn Hamidah, Ipoh.

Semua Tanggung Beres...!

Kami di kejutkan oleh kedatangan En Mohd dan Puan Hamidah serta keluarga ke Studio Deluxe kami malam tadi. Sudah agak lewat juga tapi kami tiada masalah menerima kedatangan mereka, malahan kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan sesiapa sahaja...

Dari Ipoh mereka ke Palong, Negeri Sembilan, menghadiri majlis kenduri kahwin. Selepas majlis, mereka terus ke Bandar Melaka, untuk menginap dan melawat Bandaraya Bersejarah ini. 

Nasib baik ada kenalan yang membantu mencarikan homestay. Maklum lah, hotel bukan sahaja tidak sesuai untuk keluarga besar, mahal pulak tu. Ujung minggu ni, hotel di Melaka hampir semua nya penuh kerana cuti ujung minggu yang panjang sempena Maulidur Rasul (s.a.w) dan Thaipusam..

En Mohd yang bertugas di salah sebuah Hospital di Ipoh, merasa sangat gembira menginap di Studio Deluxe kami, ianya lengkap, nyaman dan selisa...

Insha Allah, jika di murahkan rezeki, di panjangkan umur, mereka ingin datang lagi dan menginap lebih lama lagi di Studio Deluxe kami.

Semuga kita akan bertemu lagi di musim percutian akan datang..!!

Selamat Datang Naza dan Rakan-rakan

Seronok nya Naza dan Rakan-rakan di Studio Mewah

Keceriaan di wajah Naza dan rakan-rakan nya menggambarkan mereka begitu gembira dan berpuas hati dengan keselisaan di Studio Mewah kami. Ada dua perkataan yang mereka lafazkan bagi menggambarkan suasana keceriaan mereka: Luas dan Selisa. Itu lah perkataan yang tepat..!
 
Mereka telah menikmati nya, anda bila lagi...? Tempah lah Studio Mewah anda sekarang..!


Friday, February 3, 2012

Terima kunjungan En Firdauz dan Cik Mazita

Terima kasih En Firdauz kerana mendiami Bachelors Cottage kami selama satu malam. Beliau ada urusan penting di Melaka pada sebelah malam jadi terpaksa menginap,walau pun hanya sebentar. Beliau dapati tempat kami sangat sesuai untuk tujuan itu dan ingin menginap lagi apabila beliau datang semula ke Melaka. 

Hari ini kami juga menerima kunjungan Cik Mazita, dari Pahang. Beliau akan menginap di Bachelors Cottage kami selama 4 malam, sehingga hari Selasa. Cik Mazita mengambil bahagian di dalam Ekspo Perdagangan Islam di Perkarangan Masjid Al Azim Melaka, sempena sambutan Maulidur Rasul. Semuga CikMazita akan dapat menjual produk nya kepada ramai pelanggan semasa ekspo tersebut. Selamat Berjaya.

Tuesday, January 31, 2012

Terima kasih Shah

Shah, Sun Power

Hari ini adalah hari terakhir sahabat kami, Shah, menginap di Alpha Homestay. Selama sebulan beliau menginap di Bachelors Cottage kami, kami sering bersembang dan bertukar2 cerita, terutama tentang kerjaya. Sangat menarik dan Shah juga sangat peramah begitu terbuka berkongsi pengalaman beliau.

Berasal dari Muar dan sebelum ini bertugas di Pasir Gudang Johor, di bidang Oil and Gas dengan salah sebuah syarikat gergasi Malaysia, kini beralih angin, bertugas dengan salah sebuah syarikat terbesar di Melaka iaitu Sun Power.

Shah keluar dari tempat kami kerana beliau mendapat sebuah rumah sewa yang lebih hampir dengan tempat kerja nya. Memang itu pun matlamat kami di Alpha Homestay, iaitu  menyediakan kediaman sementara sebelum mereka mendapat tempat tinggal yang lebih sesuai. Semuga Shah berjaya di bidang yang baru di ceburi nya. Sekali lagi ribuan terima kasih kerana sudi menginap di homestay kami..

Thursday, January 26, 2012

En Rahman and Pn Ellis from Klang, Selangor

En Rahman Shah's Family

Welcome En Rahman Shah and wife's Ellis and their kids, from Klang, Selangor. They spent their valuable time with the family members, inside the Studio, without leaving the room. They really had fantastic time together in the Luxury Studio. The kids love the most. 
They enjoyed bathing together in the large bath room, with hot shower, with 4 dimmer lights on the wooden ceiling, surrounded by marble walls.... it was so cosy inside..!
During the nite, the kids immersed themselves in the bathtub, lying quietly together, open the window blinds and they could see many lights, and stars in the sky.... The parents could experience the same romantic moment too...
Welcome again my dear kampong mate. Next time we shall have nice breakfast at Nasi Gunting in Melaka Central or nice roti canai with sambal sotong at your favorite Mamak Stall.. Many thanks Bro..



Wednesday, January 25, 2012

We welcome Mr Halim, from KL

Alpha Homestay would like to welcome Mr Halim from KL, to our Bachelors Cottage.
Hope you will enjoy the convenient of the room and find the environment suits you well. Your stay in Alpha Homestay for the next one month, will ensure you to reach your office in time, it's less than 1km away and will take you less than 5 minutes.

Sunday, January 22, 2012

Kunjungan Keluarga Puan Yan dan En Hafizi

En Hafizi dan Isteri Pn Yan serta anak kesayangan

Selamat datang ke Alpha Homestay Taman Seri Cempaka, Melaka. En Hafizi dan keluarga nya yang datang dari Negeri Sembilan telah  menginap di tempat kami selama 2 hari 1 malam. Mereka menghadiri perkahwinan saudara mereka di Taman Cempaka ini. Juga sempena cuti Tahun Baru Cina,mereka mengambil kesempatan untuk melawat tempat2 menarik di Banda Hilir yang cuma 10-15 min dari sini. 

Lokasi rumah ini yang di dalam bandar memudahkan beliau untuk membeli belah dan makan2 di Jusco dan Tesco yang terletak cuma 5 min berjalan kaki.

Terima kasih kerana telah melayari blog alphahomestay. Semoga berjumpa lagi di kunjungan akan datang.


Kunjungan Keluarga En Ismail dan Puan Rohan Sekeluarga


En Ismail dan Puan Rohan Sekeluarga

Kami amat mengalu-alukan kedatangan En Ismail dari Kuala Lumpur. Beliau dan keluarga menginap di Alpha Homestay selama 3 hari 2 malam. Mereka sangat teruja dengan fasiliti yang kami sediakan, di mana mereka boleh memasak nasi dan makanan kegemaran mereka selama menginap di tempat kami. Mereka juga selisa suasana bilik yang di lengkapi dengan aircond dan suasana persekitaran yang damai dan selamat.

Di harapkan beliau dan keluarga telah bergembira dengan lawatan di kawasan2 pelancongan di Jonker Street, Nite River Cruise dan sebagai nya. Sebagai Juru Gambar Profesional, di harapkan En Ismail akan berkongsi kenangan beliau dengan gambar2 menarik yang beliau telah rakamkan.

Kami mengucapkan berbanyak2 terima kasih di atas kesudian beliau menginap di Alpha Homestay, semuga kita akan bertemu lagi di kesempatan yang akan datang.





Saturday, January 21, 2012

Kunjungan Keluarga En Saiful dari JB.



Pada hari ini kami juga menerima kunjungan dari orang JB, En Saiful dan keluarga. Beliau datang ke negeri Melaka ini untuk bercuti santai selama 3 hari 2 malam. Beliau telah check-in di salah sebuah homestay kami di Taman Cempaka, Melaka.

Salah satu destinasi yang beliau ingin pergi bersama keluarga di Melaka adalah Melaka River Cruise. Saja beliau ingin pergi pada waktu malam kerana ingin melihat sendiri suasana dan pemandangan yang cantik dan menarik di sepanjang Sungai Melaka. Kami harapkan beliau dan keluarga akan bergembira dan terhibur semasa bercuti di sini.

Terima kasih dan "Selamat Datang Lagi..!" 


Kunjungan Keluarga En Ridwan dari KL



"Selamat Datang Ke Studio Mewah, Alpha Homestay, Melaka"

Di sini kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada En Ridwan dan isteri beliau Pn Aswani serta keluarga yang menginap di bilik Studio Mewah kami selama 3 hari 2 malam. Beliau dan keluarga dari bandaraya Kuala Lumpur datang ke Melaka untuk bercuti santai bersama keluarganya di sini sempena perayaan Tahun Baru Cina.
Kelihatan anak-anak En Ridwan begitu gembira dapat bermain-main di bath tub yang disediakan di bilik Studio Mewah kami. 

Kami berharap En Ridwan dan keluarga gembira dan ceria sepanjang percutian di negeri Melaka ini.

Terima kasih dan harap sudi berkunjung lagi ke homestay kami!