Friday, February 10, 2012

Terima Kasih En Fuad dan Zahidi

Ucapan ribuan terima kasih kepada En Fuad dan En Zahidi dan keluarga yang telah menginap di Alpha Homestay baru2 ini.

En Fuad, dari Kuala Lumpur, telah menginap di Bachelor's Cottage kami kerana bertugas di tapak projek beliau yang hampir dengan homestay kami. Beliau gembira dapat tinggal di sini kerana dapat berulang-alik ketempat kerja tanpa perlu menempuh trafik jem. Tambahan pula bilik yang kami sediakan serta fasiliti nya bersesuaian dengan cita rasa dan bajet beliau.
 Double Room di Bachelor's Cottage

Manakala En Zahidi dari Pahang beserta isteri dan keluarga telah menginap di Homestay Taman Cempaka pada pada ujung minggu lalu. Kedatangan beliau dengan rombongan yang agak ramai, kira2 10 orang itu, tidak menghadapi apa2 masalah kerana rumah teres 3 bilik itu cukup luas bagi menampung anak2 dan cucu En Zahidi.
Pandangan Depan Tmn Cempaka

Terima kasih sekali lagi kepada En Fuad dan En Zahidi serta keluarga. Semuga bertemu lagi di Alpha Homestay di musim percutian akan datang.

No comments:

Post a Comment