Thursday, January 19, 2012

Selamat Datang Ke Alpha Homestay, Melaka.





Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pengunjung yang di hormati.

Terlebih dahulu ingin kami ucapkan "Selamat Datang ke Melaka", Bandaraya Warisan Dunia kepada anda semua. Negeri Melaka ini sememangnya destinasi popular di kalangan pengunjung dalam negeri mahupun dari luar negeri. Banyak lokasi bersejarah dan menarik yang anda boleh kunjungi di sini sepanjang anda berada di negeri Melaka yang bertuah ini.

Sebenarnya Alpha Homestay ini telah diwujudkan sejak setahun lebih yang lalu. Alhamdullilah sambutan daripada para pelanggan kami sepanjang tahun yang lepas adalah amat menggalakkan. Di sini kami sediakan beberapa jenis perkhidmatan untuk memenuhi kehendak pasaran semasa.

Perkhidmatan kami :-

1) Menyediakan sebuah homestay yang sangat selesa di Taman Cempaka, Melaka.

2) Menyediakan dua buah Studio Homestay (konsep terkini, canggih, simpel dan mewah) iaitu a) Studio Mewah dan b) Studio Deluxe untuk para pelanggan kami.

3) Tujuh "bilik bujang" yang kami sewakan kepada para pengunjung secara harian @ bulanan.

Di atas adalah serba ringkas pengenalan Alpha Homestay, Melaka dan Insya Allah kami akan kemaskinikan blog kami ini dari masa ke semasa. 

Terima kasih di atas kunjungan anda semua.

Ikhlas daripada Team Pengurusan

OMAR 012 - 236 0367


No comments:

Post a Comment