Sunday, February 19, 2012

Terima kasih keluarga En Hamizi/Pn Nurul

Riang Gembira di Studio Mewah

Picture never lies!! Itu lah yang terpancar di wajah-wajah ceria keluarga besar En Hamizi/Pn Nurul dari Subang, Selangor ini. Terima kasih kami kepada keluarga en Hamizi kerana sudi menginap di Studio Mewah kami.
Yang paling gembira adalah kanak-kanak. Mana taknya, mereka sungguh seronok mandi-manda dan bermain air di dalam bathtub.. Juga ada ruang yang luas untuk mereka berlari berkejaran di situ. Tapi awas yer, lantai seramik kami sangat licin apabila basah..

Kemasan dalaman Studio Mewah kami sangat menawan hati En Hamizi dan isteri nya Pn Nurul. Lantai seramik warna hitam bercorak menarik serta licin-berkilat, bilik mandi yang luas berdindingkan "frosted glass" memang romantik sekali.

Bathtub di dalam bilik tidur, di tepi tingkap, menambahkan lagi suasana romantik apabila berendam pada waktu malam..ish ish iiissh..! Ini lah keunikan Studio Mewah kami..

Pelbagai lampu hiasan dinding dan siling, di pilih khas bagi menambahkan lagi suasana romantik di bilik tidur. Anda pasti ingin berbulan madu di sini, tak kiralah kali pertama atau yang ke sekian kalinya...

Ada keluarga yang datang kesini semata-mata ingin berehat sambil menikmati suasana damai di dalam Studio Mewah kami. Harga nya memang sangat berpatutan dan termampu oleh setiap keluarga..

No comments:

Post a Comment