Showing posts with label pengurusan. Show all posts
Showing posts with label pengurusan. Show all posts

Thursday, February 23, 2012

Pemasangan Alat Pemadam Kebakaran

Pemadam Kebakaran Lulus SIRIM

Satu lagi langkah proaktif yang di ambil oleh Pengurusan Alpha Homestay adalah memasang Alat Pemadam Kebakaran. Kata orang malang tidak berbau. Jadi kami tidak mahu menunggu sehingga ada kejadian kebakaran berlaku baru lah nak pasang alat pemadam kebakaran. Dah terlambat, nasi sudah menjadi bubur..

Atas kesadaran ini lah kami mengambil keputusan memasang satu unit di tingkat bawah dan satu unit di tingkat atas. Alat Pemadam ini mempunyai kelulusan SIRIM. Pembekal nya sudah lama terlibat dalam industri ini dan adalah ejen yang sah di lantik oleh pengeluar. 
 
Berdasarkan kepada cadangan dari pihak pengedar, kami telah membeli jenis ABC Powder, yang mana sesuai untuk api jenis bangunan kediaman. Berat nya adalah 9kg setiap tangki.

Pemasangan di tingkat bawah, dibuat di depan Unit Studio Deluxe. Manakala di tingkat atas di pasang sebelah luar pintu, Unit Studio Mewah. Ianya juga mudah di gunakan oleh penyewa Bachelor's Cottage.
Tepi Pintu Studio Mewah
Depan Studio Deluxe

Harapan kami agar pengunjung akan lebih yakin dengan tahap keselamatan di Alpha Homestay, terutamanya dari sudut pencegahan kebakaran. Ini juga bukti komtmen pihak Pengurusan demi untuk keselamatan pengunjung.

Saturday, February 18, 2012

CCTV untuk Keselamatan di Alpha Homestay Melaka

CCTV Sistem Beltech

Soal keselamatan penyewa adalah keutamaan kami di Alpha Homestay. Untuk membuktikan komitmen kami dalam aspek keselamatan ini, kami telah memasang sistem CCTV kira-kira sebulan yang lalu.

Sistem yang di gunakan adalah dari Jenama Beltech, sistem CCTV yang paling popular masa kini. Sistem nya sangat reliable dan mudah di gunakan. Sistem ini  merakam 24jam, setiap hari dan setiap masa. Ia boleh merakan dan menyimpan maklumat rakaman selama lebih-kurang 3 minggu. Boleh di salin ke pendrive bagi tujuan penganalisaan. Insha Allah si penjenayah cepat di kesan, sekiranya sesuatu berlaku. 

Bagi keperluan semasa, 2 unit kamera adalah mencukupi. Satu unit dipasang di depan rumah, fokus pada grill bagi memastikan cuma orang yang dibenarkan sahaja memasoki bangunan homestay ini.

Sebuah lagi di pasang di sebelah dalam, berhampiran pintu masok. Kamera ini memantau orang yang keluar-masok ke dalam bangunan homestay, samada masok ke bilik Deluxe di tingkat bawah, atau ketingkat atas, dimana letak nya bilik Mewah dan Bachelor's Cottage.
 Rakaman 2 Kamera CCTV
CCTV adalah sebagai langkah pencegahan, bukan bermakna kawasan ini kawasan berbahaya. Kita semua maklum, jenayah boleh berlaku di mana-mana. Sekurang-kurangnya apabila terpandang kamera, si penjenayah akan berfikir dua kali sebelum melakukan nya..

Selain dari CCTV, satu lagi aspek keselamatan di kawasan perumahan ini adalah Pengawal Keselamatan persendirian yang di sewa oleh komuniti di sini. Mereka meronda pada waktu malam. Alhamdulillah setakat ini belum ada sebarang kejadian jenayah di kawasan Perumahan Taman Bukit Piatu Mutiara ini.

Keselamatan dan Keselisaan anda adalah keutamaan kami.

Friday, February 3, 2012

Pandangan Hadapan Luar Studio

Iklan Depan Studio

Bagi memudahkan pengunjung kami mencari Studio Mewah dan Studio Deluxe Alpha Homestay, kami telah memasang satu iklan di dinding depan rumah berukuran 3'x5'. Ia nya agak besar dan senang di lihat apabila pengunjung dan bakal pengunjung melalui depan Studio kami.

Selain dari  iklan, bakal pengunjung juga boleh melihat keadaan sebenar bentuk luaran studio kami ini. Ramai beranggapan studio kami terletak di dalam apartment, kerana amat jarang sekali studio di bina di dalam rumah kedai dua tingkat, sebagaimana yang kami lakukan. Ianya satu percubaan berani yang kami lakukan.

Harapan kami paparan di atas akan dapat memudahkan para pengunjung mencari lokasi kami.

Thursday, January 19, 2012

Selamat Datang Ke Alpha Homestay, Melaka.





Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pengunjung yang di hormati.

Terlebih dahulu ingin kami ucapkan "Selamat Datang ke Melaka", Bandaraya Warisan Dunia kepada anda semua. Negeri Melaka ini sememangnya destinasi popular di kalangan pengunjung dalam negeri mahupun dari luar negeri. Banyak lokasi bersejarah dan menarik yang anda boleh kunjungi di sini sepanjang anda berada di negeri Melaka yang bertuah ini.

Sebenarnya Alpha Homestay ini telah diwujudkan sejak setahun lebih yang lalu. Alhamdullilah sambutan daripada para pelanggan kami sepanjang tahun yang lepas adalah amat menggalakkan. Di sini kami sediakan beberapa jenis perkhidmatan untuk memenuhi kehendak pasaran semasa.

Perkhidmatan kami :-

1) Menyediakan sebuah homestay yang sangat selesa di Taman Cempaka, Melaka.

2) Menyediakan dua buah Studio Homestay (konsep terkini, canggih, simpel dan mewah) iaitu a) Studio Mewah dan b) Studio Deluxe untuk para pelanggan kami.

3) Tujuh "bilik bujang" yang kami sewakan kepada para pengunjung secara harian @ bulanan.

Di atas adalah serba ringkas pengenalan Alpha Homestay, Melaka dan Insya Allah kami akan kemaskinikan blog kami ini dari masa ke semasa. 

Terima kasih di atas kunjungan anda semua.

Ikhlas daripada Team Pengurusan

OMAR 012 - 236 0367