Tuesday, January 31, 2012

Terima kasih Shah

Shah, Sun Power

Hari ini adalah hari terakhir sahabat kami, Shah, menginap di Alpha Homestay. Selama sebulan beliau menginap di Bachelors Cottage kami, kami sering bersembang dan bertukar2 cerita, terutama tentang kerjaya. Sangat menarik dan Shah juga sangat peramah begitu terbuka berkongsi pengalaman beliau.

Berasal dari Muar dan sebelum ini bertugas di Pasir Gudang Johor, di bidang Oil and Gas dengan salah sebuah syarikat gergasi Malaysia, kini beralih angin, bertugas dengan salah sebuah syarikat terbesar di Melaka iaitu Sun Power.

Shah keluar dari tempat kami kerana beliau mendapat sebuah rumah sewa yang lebih hampir dengan tempat kerja nya. Memang itu pun matlamat kami di Alpha Homestay, iaitu  menyediakan kediaman sementara sebelum mereka mendapat tempat tinggal yang lebih sesuai. Semuga Shah berjaya di bidang yang baru di ceburi nya. Sekali lagi ribuan terima kasih kerana sudi menginap di homestay kami..

No comments:

Post a Comment