Pemadam Kebakaran Lulus SIRIM
Satu lagi langkah proaktif yang di ambil oleh Pengurusan Alpha Homestay adalah memasang Alat Pemadam Kebakaran. Kata orang malang tidak berbau. Jadi kami tidak mahu menunggu sehingga ada kejadian kebakaran berlaku baru lah nak pasang alat pemadam kebakaran. Dah terlambat, nasi sudah menjadi bubur..
Atas kesadaran ini lah kami mengambil keputusan memasang satu unit di tingkat bawah dan satu unit di tingkat atas. Alat Pemadam ini mempunyai kelulusan SIRIM. Pembekal nya sudah lama terlibat dalam industri ini dan adalah ejen yang sah di lantik oleh pengeluar.

Pemasangan di tingkat bawah, dibuat di depan Unit Studio Deluxe. Manakala di tingkat atas di pasang sebelah luar pintu, Unit Studio Mewah. Ianya juga mudah di gunakan oleh penyewa Bachelor's Cottage.
![]() |
Tepi Pintu Studio Mewah |
![]() |
Depan Studio Deluxe |
Harapan kami agar pengunjung akan lebih yakin dengan tahap keselamatan di Alpha Homestay, terutamanya dari sudut pencegahan kebakaran. Ini juga bukti komtmen pihak Pengurusan demi untuk keselamatan pengunjung.