Saturday, February 18, 2012

CCTV untuk Keselamatan di Alpha Homestay Melaka

CCTV Sistem Beltech

Soal keselamatan penyewa adalah keutamaan kami di Alpha Homestay. Untuk membuktikan komitmen kami dalam aspek keselamatan ini, kami telah memasang sistem CCTV kira-kira sebulan yang lalu.

Sistem yang di gunakan adalah dari Jenama Beltech, sistem CCTV yang paling popular masa kini. Sistem nya sangat reliable dan mudah di gunakan. Sistem ini  merakam 24jam, setiap hari dan setiap masa. Ia boleh merakan dan menyimpan maklumat rakaman selama lebih-kurang 3 minggu. Boleh di salin ke pendrive bagi tujuan penganalisaan. Insha Allah si penjenayah cepat di kesan, sekiranya sesuatu berlaku. 

Bagi keperluan semasa, 2 unit kamera adalah mencukupi. Satu unit dipasang di depan rumah, fokus pada grill bagi memastikan cuma orang yang dibenarkan sahaja memasoki bangunan homestay ini.

Sebuah lagi di pasang di sebelah dalam, berhampiran pintu masok. Kamera ini memantau orang yang keluar-masok ke dalam bangunan homestay, samada masok ke bilik Deluxe di tingkat bawah, atau ketingkat atas, dimana letak nya bilik Mewah dan Bachelor's Cottage.
 Rakaman 2 Kamera CCTV
CCTV adalah sebagai langkah pencegahan, bukan bermakna kawasan ini kawasan berbahaya. Kita semua maklum, jenayah boleh berlaku di mana-mana. Sekurang-kurangnya apabila terpandang kamera, si penjenayah akan berfikir dua kali sebelum melakukan nya..

Selain dari CCTV, satu lagi aspek keselamatan di kawasan perumahan ini adalah Pengawal Keselamatan persendirian yang di sewa oleh komuniti di sini. Mereka meronda pada waktu malam. Alhamdulillah setakat ini belum ada sebarang kejadian jenayah di kawasan Perumahan Taman Bukit Piatu Mutiara ini.

Keselamatan dan Keselisaan anda adalah keutamaan kami.

No comments:

Post a Comment