Terima kasih kami kepada en Rokhidi bersama keluarga, yang terdiri dari isteri dan 3 anak remaja lelaki mereka.
Pilihan tarikh yang tepat untuk melawat Melaka iaitu semasa cuti sekolah dan bukan pada ujung minggu. Mudah lah mereka bergerak didalam Bandar Melaka, tak perlu menempuh jem yang teruk.
Selain melawat sekitar tempat-tempat bersejarah, mereka juga mengambil kesempatan melawat kenalan dan saudara mara yang tinggal di Melaka.
Semasa perjalanan pulang, mereka akan singgah berehat di Port Dickson pulak.
Terima kasih kami ucapkan kerana sudi menginap di Homestay Taman Cempaka kami. Harap En Rokhidi dan keluarga gembira tinggal di rumah kami selama 3 hari 2 malam..
Semuga selamat sampai ke destinasi...
Alpha Homestay, Melaka.
Labels
- alpha homestay taman cempaka (1)
- extra services (2)
- ikan bakar umbai (1)
- info melaka (11)
- jom makan-makan (5)
- kelong ikan (1)
- makam melaka (1)
- masjid melaka (2)
- pengurusan (4)
- rooms for rent (1)
- sauna (1)
- studio deluxe (2)
- studio mewah (5)
- testimoni pengunjung (14)
- video melaka (4)
Wednesday, May 30, 2012
Thursday, February 23, 2012
Pemasangan Alat Pemadam Kebakaran
Pemadam Kebakaran Lulus SIRIM
Satu lagi langkah proaktif yang di ambil oleh Pengurusan Alpha Homestay adalah memasang Alat Pemadam Kebakaran. Kata orang malang tidak berbau. Jadi kami tidak mahu menunggu sehingga ada kejadian kebakaran berlaku baru lah nak pasang alat pemadam kebakaran. Dah terlambat, nasi sudah menjadi bubur..
Atas kesadaran ini lah kami mengambil keputusan memasang satu unit di tingkat bawah dan satu unit di tingkat atas. Alat Pemadam ini mempunyai kelulusan SIRIM. Pembekal nya sudah lama terlibat dalam industri ini dan adalah ejen yang sah di lantik oleh pengeluar.

Pemasangan di tingkat bawah, dibuat di depan Unit Studio Deluxe. Manakala di tingkat atas di pasang sebelah luar pintu, Unit Studio Mewah. Ianya juga mudah di gunakan oleh penyewa Bachelor's Cottage.
![]() |
Tepi Pintu Studio Mewah |
![]() |
Depan Studio Deluxe |
Harapan kami agar pengunjung akan lebih yakin dengan tahap keselamatan di Alpha Homestay, terutamanya dari sudut pencegahan kebakaran. Ini juga bukti komtmen pihak Pengurusan demi untuk keselamatan pengunjung.
Sunday, February 19, 2012
Terima kasih keluarga En Hamizi/Pn Nurul
Riang Gembira di Studio Mewah
Picture never lies!! Itu lah yang terpancar di wajah-wajah ceria keluarga besar En Hamizi/Pn Nurul dari Subang, Selangor ini. Terima kasih kami kepada keluarga en Hamizi kerana sudi menginap di Studio Mewah kami.
Yang paling gembira adalah kanak-kanak. Mana taknya, mereka sungguh seronok mandi-manda dan bermain air di dalam bathtub.. Juga ada ruang yang luas untuk mereka berlari berkejaran di situ. Tapi awas yer, lantai seramik kami sangat licin apabila basah..

Bathtub di dalam bilik tidur, di tepi tingkap, menambahkan lagi suasana romantik apabila berendam pada waktu malam..ish ish iiissh..! Ini lah keunikan Studio Mewah kami..
Pelbagai lampu hiasan dinding dan siling, di pilih khas bagi menambahkan lagi suasana romantik di bilik tidur. Anda pasti ingin berbulan madu di sini, tak kiralah kali pertama atau yang ke sekian kalinya...
Ada keluarga yang datang kesini semata-mata ingin berehat sambil menikmati suasana damai di dalam Studio Mewah kami. Harga nya memang sangat berpatutan dan termampu oleh setiap keluarga..
Saturday, February 18, 2012
CCTV untuk Keselamatan di Alpha Homestay Melaka
CCTV Sistem Beltech
Soal keselamatan penyewa adalah keutamaan kami di Alpha Homestay. Untuk membuktikan komitmen kami dalam aspek keselamatan ini, kami telah memasang sistem CCTV kira-kira sebulan yang lalu.


Bagi keperluan semasa, 2 unit kamera adalah mencukupi. Satu unit dipasang di depan rumah, fokus pada grill bagi memastikan cuma orang yang dibenarkan sahaja memasoki bangunan homestay ini.
Sebuah lagi di pasang di sebelah dalam, berhampiran pintu masok. Kamera ini memantau orang yang keluar-masok ke dalam bangunan homestay, samada masok ke bilik Deluxe di tingkat bawah, atau ketingkat atas, dimana letak nya bilik Mewah dan Bachelor's Cottage.
Rakaman 2 Kamera CCTV
CCTV adalah sebagai langkah pencegahan, bukan bermakna kawasan ini kawasan berbahaya. Kita semua maklum, jenayah boleh berlaku di mana-mana. Sekurang-kurangnya apabila terpandang kamera, si penjenayah akan berfikir dua kali sebelum melakukan nya..
Selain dari CCTV, satu lagi aspek keselamatan di kawasan perumahan ini adalah Pengawal Keselamatan persendirian yang di sewa oleh komuniti di sini. Mereka meronda pada waktu malam. Alhamdulillah setakat ini belum ada sebarang kejadian jenayah di kawasan Perumahan Taman Bukit Piatu Mutiara ini.
Selain dari CCTV, satu lagi aspek keselamatan di kawasan perumahan ini adalah Pengawal Keselamatan persendirian yang di sewa oleh komuniti di sini. Mereka meronda pada waktu malam. Alhamdulillah setakat ini belum ada sebarang kejadian jenayah di kawasan Perumahan Taman Bukit Piatu Mutiara ini.
Keselamatan dan Keselisaan anda adalah keutamaan kami.
Tuesday, February 14, 2012
Sarapan Roti Canai di Limbongan
Roti Canai Limbongan
Memang tak susah nak cari sarapan roti canai di Melaka ni. Hampir setiap gerai sarapan ada menyediakan nya. Tapi nak cari yang sesuai dengan selira kita kadang2 payah jugak kan. Ada orang suka yang bulat, ada suka yang empat segi. Ada suka yang tebal, ada suka yang nipis... macam2 lah selira kita ni kan..
Belum lagi kari nya. Ada yang suka kuah dal, ada suka kari kambing, ada suka sambal.
![]() |
Kari ikan Merah |
Kegemaran kami sekeluarga adalah gerai Roti Canai di Pantai Limbongan. Apa istimewa nya? Nak makan roti yang penting roti nya mesti lah enak. Di sini roti nya ada yang bulat dan empat segi. Yang penting isi nya lembut, tebal tapi berlapis2 nipis. Di goreng garing tapi tidak hangus. Boleh pesan roti kosong, roti telor bawang atau roti tampal pun ada.
![]() |
Roti kosong, roti tampal dan kari ikan serkot |
![]() |
Milo dan Neslo Panas... |
Tapi yang paling istimewa nya di sini ialah berbagai jenis kari yang di tawarkan. Selalu nya kari ikan merah, ikan jenahak, ikan serkot, ikan pari dan ikan kembong. Kari kambing dan sambal sotong pun ada.
Pelanggan di sini terdiri dari berbagai bangsa, Cina, India dan Melayu semua nya suka makan di sini. Pasti nya makanan di sini memenuhi selira berbagai kaum di Malaysia.
Pada hujung minggu memang sesak. Nak dapat duduk pun kadang2 kena tunggu sampai ada meja kosong. Percaya ke tidak, ujung minggu mereka terpaksa meguli tepong gandum sampai 35kg sehari. Yang klasik nya mereka menguli dengan tangan jer, tak pakai mesin penguli. Ish ish iiiishh....
Pada hujung minggu memang sesak. Nak dapat duduk pun kadang2 kena tunggu sampai ada meja kosong. Percaya ke tidak, ujung minggu mereka terpaksa meguli tepong gandum sampai 35kg sehari. Yang klasik nya mereka menguli dengan tangan jer, tak pakai mesin penguli. Ish ish iiiishh....
Ada yang datang berbasikal (agak nya rumah dekat la tu..), motosikal, kereta Malaysia dan kereta BMW pun ada...
Cuba tengok nii..
Ayuh apa tunggu lagi.!! Kalau berkunjung ke Melaka dan nak cari roti canai istimewa, jom kita ke Pantai Limbongan. Lokasi nya tak jauh dari Hotel Grand A'Famosa, kira-kira 100m. Cuba sekali tentu nak lagi heheheee...
Friday, February 10, 2012
Karipap dan Goreng Pisang Kandang
Karipap Panas panas...!!
Kalau dah lama tak makan karipap asli Melayu, apa kata kita try karipap panas kak Amisah... hehehee gerenti lima keping tak cukup... Betul..!! Nak cari kak Amisah senang jer. Ikut jalan lama Melaka-Muar, cari jer Pondok Polis Kandang. Gerai kak Amisah cuma 100m jer, hala ke Merlimau.
Betul ke popular? Kalau sehari "terpaksa" goreng 1,500 keping, tak popular ke tu? Ish ish ish...
Karipap nya ada 2 jenis, sardin dan kentang. Tapi kalau datang selepas pukul 5 petang, nasib lah, apa yang ada terpaksa beli jer.. Kalau nak makan kat situ pun boleh jugak. Ada di sediakan kerusi/meja untuk lebih kurang 20 pelanggan. Boleh minum teh/kopi atau cendol, sirap pun ada..
Satu lagi yang popular di warong kak Amisah ialah goreng pisang. Ada pisang nipah dan tandok panas-panas...
Pisang Nipah, memang terbaeeekk...
Pisang nya cukup masak ranum nya, tepong nya rangup dan halus. Di cicah pulak dengan kicap cili yang pekat,.. mmm pasti menawan selira anda. Dalam sehari, kak Amisah dan pembantu nya "terpaksa" menggoreng antara 16 ke 20 tandan. Aduh bayangkan banyak pisang yang nak di goreng. Saya dok bayangkan keras nya kaki akak tu nak berdiri dari pukul 11pagi sampai 6 petang..
Kalau anda berminat nak makan kerak tepong, ada 2-3 besen besar kat tepi dapor tu. Mintak jer ngan kak Amisah tu... Akak tu baik, dia mesti bagi...!!
Kita doakan kak Amisah akan terus berjaya dengan perniagaan nya. Mari lah kita menyokong beliau dengan membeli karipap panas dan goreng pisang nya untuk makan-makan waktu petang bersama keluarga tersayang...
Subscribe to:
Posts (Atom)