Saturday, January 28, 2012

Menara Taming Sari, Melaka

Menara Taming Sari which was opened on 18th April 2008 has become another unique attraction for Melaka. The tower is located in Jalan Melaka, Banda Hilir, one of the popular destinations for tourists. The vision to built Menara Taming Sari was inspired by Chief Minister of Melaka, Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam. The 110 meter viewing tower was designed based on the legendary Taming Sari Keris, used by the Malay legendary warrior Hang Tuah.


Menara Taming Sari was the First Revolving “Gyro Tower” in Malaysia and this title is endorsed by Malaysia Book of Records. Menara Taming Sari started construction in August 2006. The original site for Menara Taming Sari is at the Melaka River Banks but due the recovery of the ancient artifact, the site was moved to Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah tennis court. The tower was built using Swiss technology & the only tower in the country to have a fully revolving structure. The air-conditioned viewing cabin will be able to accommodate 66 people at one time.

The tower offers you a spectacular and panaromic view of Historical Malacca City and a far with a host of interesting sights such as St Paul’s Hill, Independence Memorial Building, Samudera Museum and the ship, Flor De La Mar, Malacca River, Dataran Pahlawan, Pulau Selat Mosque, Pulau Besar and the Straits of Malacca. The ride experience will make the tower is a must visit destination to all

Menara Taming Sari is managed by Melaka Taming Sari Bhd., subsidiary of Kumpulan Melaka Berhad which wholly owned by Melaka State government. The management of Menara Taming Sari will be organizing many interesting event throughout the year i.e. traditional shows and music to attract more visitors. Besides events, there is also interesting packages for Family, School Children, kids, disable & senior citizen.

The management also welcomes the participation form tourism agencies, corporate companies, media & sponsors to promote Menara Taming Sari locally & international.

The Tower

Tower Specifications


Tower Name: Menara Taming Sari (360 degree viewing tower)


Cost: RM24 million together with support Building (Melaka house)



Height: 110 meter

Passenger capacity: 66 passengers



Made/Technology: Switzerland



Ride Duration: 7 minutes




 Datuk Shah Rukh Khan pun dah naik Menara Taming Sari...

 Menara Taming Sari. Menara berputar 360 darjah. Dengan ketinggian 110 meter. 
Tiket dewasa RM10warganegara asing RM20kanak-kanak RM5

VR BM: 
Inilah menaranya yang berketinggian 110 meter dari  paras laut. Perjalanan sepenuhnya turun dan naik merangkumi tempoh 7 minit sahaja. Naik 1 minit, berada di atas dan berpusing selama 5 minit sebelum turun semula selama 1 minit. Walaupun bayarannya agak tinggi namun, apa salahnya jika anda mencubanya sekali bila datang ke Melaka. Memang menarik!!.

Menara Taming Sari ini dibina mengikut bentuk keris keramat milik Hang Tuah iaitu Taming Sari. Hang Tuah kebal apabila menggunakan keris ini dan sukar untuk dibunuh. Itulah kelebihan keris Taming Sari. Ia adalah salah satu tarikan pelancong baru di Melaka Bandaraya Bersejarah ni.
Passenger capacity: 66 passengers...

Height: 110 meter

Kapal Flor De La Mar...

Balai Polis Melaka Tengah...

Dataran Pahlawan daripada atas...

Mahkota Parade...(MP)...


Menara Taming Sari dr St Paul's Hil...

Pemandangan Bandar Melaka...

Selat Melaka...

 Pemandangan yang indah di waktu malam...

Menara Taming Sari dapat juga dilihat dr sungai melaka...


@gotomelaka.blogspot.com

Melaka Monorail

Sebaik melangkah masuk ke dalam koc Melaka Monorail dari Stesen Hang Jebat di Taman Rempah, penumpang pastinya tidak menduga bahawa perjalanan kira-kira 30 minit pada ketinggian 7 meter itu menawarkan sesuatu yang jarang dialami, cukup menguja dan menyeronokkan sekali.

  Melaka Monorail  yang bergerak selaju 15KM/J  :P menjanjikan sesuatu suasana ‘penggembaraan’ yang cukup santai.

Perkhidmatan ini sebenarnya lebih bertujuan perlancongan berbanding untuk pengangkutan awam biasa. Penumpang berpeluang menikmati keindahan panorama Kampung Morten yang tersusun indah, bersih serta unik dari sudut pandangan yang berbeza dari biasa.

Keunikkan inilah sebenarnya yang telah menggamit kedatangan lebih 15,286 orang penumpang bagi merasai pengalaman baru bersama menaiki Melaka Monorail, iaitu salah satu  ikon pelancongan Melaka yang mula beroperasi pada 10/10/2010.           gotomelaka.blogspot.com

Monorel ini mempunyai dua stesen utama iaitu Stesen Monorel Hang Jebat yang terletak di berebelahan Taman Rempah di Pengkalan Rama dan Stesen Monorel Hang Tuah yang terletak berhampiran stesen bas lama Melaka. Berkonsepkan ‘Koc pelancongan’, Melaka Monorail yang diuruskan oleh Melaka Taming Sari Berhad (MTS Berhad). Ianya boleh memuatkan 22 orang penumpang untuk setiap perjalanan sejauh 1.6 Kilometer dari   Stesen Hang Jebat ke Stesen  di Jalan Hang Tuah di Bunga Raya.  

 Stesen Hang Jebat di Taman Rempah sentiasa menjadi tumpuan orang ramai yang ingin merasai pengembaraan bersama Melaka Monorail

Selain menikmati keindahan panorama sepanjang Sungai Melaka dan Kampung Morten, penumpang turut disajikan dengan persembahan video berkaitan kepelbagaian subsektor pelancongan yang terdapat di negeri ini sebagai destinasi yang wajib dilawati, khususnya Menara Taming SariMelaka River Cruise, Kapal Flor De La Mar, Jonker Walk, keunikkan produk warisan di Tapak Warisan Dunia UNESCO serta pelbagai infomasi lain berkaitan pelancongan Melaka yang sememangnya terkenal ke seantero dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif MTS Berhad, Nazary Ahmad berkata, Melaka Monorail adalah antara destinasi yang menjadi pilihan pelancong. “Sebagai tarikan, kami turut menawarkan pakej 20 peratus diskaun bagi pelanggan yang membeli tiket Melaka Monorail dan Menara Taming Sari,”

Melaka Monorail yang beroperasi setiap hari dari jam 10pg hingga 10mlm terus dikunjungi pelancong yang ingin merasai pengalaman baru melihat keindahan jaluran Sungai Melaka penuh bersejarah dan Kampung Morten sama ada pada waktu siang atau malam.

Keseronokkan menaiki Monorail sebenarnya terlalu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata, kecuali merasai sendiri pengalaman ini untuk dikongsi bersama rakan taulan, sanak saudara, atau keluarga… 

Penumpang Melaka Monorail dapat menikmati pemandangan indah sekitar Sungai Melaka dan Kampung Morten pada ketinggian 7 meter. 


@gotomelaka.blogspot.com

Melaka River Cruise

 "Venice of the East"

Seperti yang diketahui umum, sejarah Kesultanan Melaka bermula dengan kedatangan Parameswara, seorang raja Srivijaya dari Palembang yang memerintah pada tahun 1400 hingga 1424.
Melaka memperoleh namanya sempena nama pohon tempat Parameswara berteduh. Pada ketika itu, satu perkara aneh berlaku di mana seekor kancil putih telah menendang anjing-anjing raja.
Melihatkan kejadian itu, Parameswara merasa kagum dan memerintahkan agar kawasan tersebut dibuka dan dinamakan sebagai negeri Melaka.
Kini Melaka digelar sebagai bandar raya bersejarah kerana ia sememangnya merupakan sebuah negeri di Malaysia yang kaya dengan sejarah.
Boleh dikatakan segenap cerok pastinya mempunyai sejarahnya tersendiri dan salah satu tempat yang mempunyai nilai-nilai sejarah ialah Sungai Melaka.
Sungai Melaka merupakan sungai yang terpenting semasa kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dan ia mempunyai nilai sejarah yang tersendiri kerana di kiri kanan sungai itu merupakan kawasan perbandaran, penempatan, perkuburan, perniagaan, perkapalan, pelabuhan dan banyak lagi sejak ratusan tahun yang lalu.
Lantaran itu keputusan kerajaan negeri Melaka pimpinan Ketua Menterinya, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam untuk mengindahkan Sungai Melaka sebagai destinasi pelancongan adalah satu keputusan yang tepat dan ia pernah mendapat gelaran 'Venice of the East' daripada orang Eropah pada satu ketika dahulu.
Sungai yang muaranya terletak di Bandar Hilir itu menyimpan pelbagai kisah dan cerita bermula zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga peralihan masa kepada zaman penjajahan BelandaPortugisInggeris dan Jepun.
Satu ketika dulu, Sungai Melaka pernah dilabel antara sungai paling tercemar di negara ini dan kini kerajaan negeri bangun mengembalikan kegemilangan Sungai Melaka.
Kegemilangan. Pelbagai usaha serta pendekatan dilakukan dalam usaha memulih dan mengembalikan kegemilangan sungai itu yang satu ketika dulu merupakan pusat dagangan utama di Asia Tenggara. Sedikit demi sedikit, wajah Sungai Melaka pada hari ini berjaya ditransformasi melalui peruntukkan yang disalurkan oleh kerajaan Pusat sebanyak RM320 juta. Usaha tersebut ternyata tidak sia-sia apabila hari ini lebih banyak produk pelancongan baru ditambah seperti hotel bertaraf lima bintang, restoran eksklusif dan kedai cenderamata yang banyak dibina di sepanjang sungai.
Pemandangan Sungai Melaka pada waktu malam memang sangat menarik... 

Ttransformasi tersebut turut meliputi usaha mengindahkan dengan konsep pencahayaan kawasan antara Jambatan Hang Jebat hingga ke Jambatan Hang Tuah. Dalam masa yang sama Jambatan Hang Tuah dan Jambatan Hang Jebat turut dinaik taraf, pembaikan jambatan pejalan kaki di Kampung Morten dan jambatan pejalan kaki berhampiran stesyen bas ekspres lama serta pembaikan Jambatan Tan Khoon Cheng selain beberapa projek pembangunan di kawasan muara Sungai Melaka.
Sekitar perkampungan tradisional Melayu Kampung Morten, juga disediakan laluan pejalan kaki di sepanjang Sungai Melaka yang dikenali sebagai River Boardwalk.
Tidak cukup dengan itu, dalam usaha merancakkan lagi kemasukan pelancong asing dan tempatan, perkhidmatan River Cruise Melaka telah diperkenalkan.
Eye On Melaka serta bangunan yang dilimpahi cahaya lampu merupakan salah satu senario yang dapat dilihat sepanjang perjalanan menaiki River Cruise Melaka.

River Cruise Melaka membolehkan pengunjung menyusuri Sungai Melaka dan kini ia muncul antara aktiviti pelancongan popular di negeri Melaka terutama di waktu malam.
Dengan menaiki River Cruise Melaka, anda dapat mengalami pelayaran menakjubkan sejauh enam kilometer menyusuri Sungai Melaka selama 45 minit.
Ketika anda menaiki River Cruise Melaka, anda akan dapat menikmati pemandangan bangunan dan rumah kedai peninggalan era Belandarumah-rumah tradisional Melayu dan banyak lagi pemandangan yang menarik peninggalan sejarah warisan dunia.
Tidak cukup dengan itu, pelbagai tarikan baru turut diwujudkan di sepanjang sungai antaranya kincir airEye On Melakaair pancut muzikal dan banyak lagi untuk mempopularkan lagi Sungai Melaka di pentas antarabangsa.
Yang paling menarik kincir air yang dibina pada tahun 2007 dan siap dibina pada tahun 2008 berstrukturkan teknologi Islam yang boleh diperoleh di Syria dan Lijiang, China.
Jelas Shaukani lagi, sepanjang perjalanan selama 45 minit itu, pelancong akan melalui tujuh jambatan iaitu jambatan Kampong Morten, jambatan stesyen bas espress lama, jambatan Hang Tuah, jambatan Pasar, jambatan Kampong Jawa, jambatan Chan Koon Cheng dan jambatan Tan Kim Seng.
Pelayaran dengan River Cruise Melaka akan bermula dari Taman Rempah ke Muara Sungai dan ia akan berakhir di Taman Rempah semula.
River Cruise Melaka menyediakan bot biasa dan bot khas di mana bot biasa orang dewasa akan dikenakan bayaran sebanyak RM10 manakala kanak-kanak RM5.
Sementara itu untuk bot khas RM20 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak dan bagi bot khas ia hanya disediakan setiap hujung minggu dan bot tersebut turut disediakan hiburan.
River Cruise Melaka beroperasi setiap hari bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengah malam.
Bagaimanapun hari ini, Sungai Melaka menjadi tumpuan bukan sahaja di kalangan pelancong tempatan malah turut dibanjiri pelancong asing yang terpegun dengan wajah baru sungai itu terutama keindahannya pada waktu malam.
Datanglah melawat ke Negeri Melaka dan marilah menaiki bot Melaka River Cruise, di mana ianya akan menjadi pengalaman yang paling menarik yang tidak dapat dilupakan.
Anda pasti teruja..!

@gotomelaka.blogspot.com

Thursday, January 26, 2012

En Rahman and Pn Ellis from Klang, Selangor

En Rahman Shah's Family

Welcome En Rahman Shah and wife's Ellis and their kids, from Klang, Selangor. They spent their valuable time with the family members, inside the Studio, without leaving the room. They really had fantastic time together in the Luxury Studio. The kids love the most. 
They enjoyed bathing together in the large bath room, with hot shower, with 4 dimmer lights on the wooden ceiling, surrounded by marble walls.... it was so cosy inside..!
During the nite, the kids immersed themselves in the bathtub, lying quietly together, open the window blinds and they could see many lights, and stars in the sky.... The parents could experience the same romantic moment too...
Welcome again my dear kampong mate. Next time we shall have nice breakfast at Nasi Gunting in Melaka Central or nice roti canai with sambal sotong at your favorite Mamak Stall.. Many thanks Bro..



Alpha Homestay, Taman Cempaka Melaka.


Salam kawan2... moga semua ceria di petang yang indah ini ya kawan2.. ok petang ini kami updatekan sikit info lanjut tentang Alpha Homestay.

Ok kali ini kami bawakan tuan2 puan2 di lokasi lain yang menempatkan sebuah lagi homestay kami iaitu di Taman Cempaka, Melaka. 







Lokasi yang sangat strategik dan hanya ambil masa 5 minit sahaja untuk ke pusat bandar Melaka. Taman Cempaka ini berdepan dengan pusat membeli belah Tesco, Jaya Jusco (baru) dan Melaka Sentral yang sentiasa sibuk dengan pengunjung dari dalam dan luar negeri.

Dan bagi yang membawa kenderaan dan keluar dari tol ayer keroh sangat mudah untuk menjumpai homestay kami ini. Sila rujuk google map di sini.


Dan di alamat ini terletak homestay kami!

Alamat : No 15, Jalan Seri Cempaka 9, Taman Seri Cempaka, 75400, Melaka.

Rumah teres setingkat berwarna hijau pisang lembut ini mempunyai 3 bilik. 1 bilik utama yang dilengkapkan dengan kipas, aircond, almari pakaian, sejadah dan katil king size serta bilik air. Ruang tamu yang luas, selesa bagi pengunjung2 yang membawa keluarga. Untuk hiburan santai perkhidmatan Astro ada kami sediakan selain kelengkapan dapur dan alatan memasak yang lengkap. 

Kami berharap anda akan gembira, selesa seperti berada di rumah anda sendiri! Semua ada...!

Boleh parking di dalam rumah. Keselamatan kenderaan anda kami utamakan.



Ruang Tamu.



Ruang tamu yang luas dan selesa. Kami sediakan perkhidmatan Astro untuk hiburan santai seisi keluarga.

Bilik Utama




Bilik utama dengan kelengkapan katil king size, almari pakaian, sejadah, kipas dan aircond serta bilik air yang bersih.

Bilik Tamu (1)



Terdapat 2 katil bujang dengan ruang bilik yang agak luas dan selesa. Di bilik ini hanya terdapat kipas, sejadah dan almari pakaian yang kami sediakan.

Bilik Tamu (2)




Di bilik ini kami sediakan 2 buah katil bujang, kipas berserta aircond dan juga almarai pakaian. Dan sememangnya sesuai dan selesa untuk 2-3 buah keluarga untuk tinggal bersama. 

Ruang Dapor & Makan







Bagi yang gemar untuk memasak sendiri dan makan bersama keluarga dan kawan2 anda tidak perlu bimbang kerana sememangnya homestay kami sediakan semua kelengkapan asas memasak, peti sejuk, dapor, pinggan mangkuk, cawan dan lain-lain. Mesin basuh pakaian pon ada!

Jadi bagaimana tuan puan..? Berbaloikan ....! Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan tempahan!
Omar 012- 236 0367


Alpha Homestay, Tmn Cempaka, Melaka.
37 photos | 9 views | Add a comment?
items are from 25 Jan 2012.
Alpha Homestay, Tmn Cempaka, Melaka.
Alpha Homestay, Tmn Cempaka, Melaka.
Alpha Homestay, Tmn Cempaka, Melaka.
Alpha Homestay, Tmn Cempaka, Melaka.
Alpha Homestay, Tmn Cempaka, Melaka.
Alpha Homestay, Tmn Cempaka, Melaka.
Alpha Homestay, Tmn Cempaka, Melaka.
Alpha Homestay, Tmn Cempaka, Melaka.
Alpha Homestay, Tmn Cempaka, Melaka.
Alpha Homestay, Tmn Cempaka, Melaka.
Alpha Homestay, Tmn Cempaka, Melaka.
Alpha Homestay, Tmn Cempaka, Melaka.
Alpha Homestay, Tmn Cempaka, Melaka.
Alpha Homestay, Tmn Cempaka, Melaka.
Alpha Homestay, Tmn Cempaka, Melaka.
Alpha Homestay, Tmn Cempaka, Melaka.
Alpha Homestay, Tmn Cempaka, Melaka.
Alpha Homestay, Tmn Cempaka, Melaka.
Alpha Homestay, Tmn Cempaka, Melaka.
Alpha Homestay, Tmn Cempaka, Melaka.
Alpha Homestay, Tmn Cempaka, Melaka.
Alpha Homestay, Tmn Cempaka, Melaka.
Alpha Homestay, Tmn Cempaka, Melaka.
Alpha Homestay, Tmn Cempaka, Melaka.
Alpha Homestay, Tmn Cempaka, Melaka.
Alpha Homestay, Tmn Cempaka, Melaka.
Alpha Homestay, Tmn Cempaka, Melaka.
Alpha Homestay, Tmn Cempaka, Melaka.
Alpha Homestay, Tmn Cempaka, Melaka.
Alpha Homestay, Tmn Cempaka, Melaka.
Alpha Homestay, Tmn Cempaka, Melaka.
Alpha Homestay, Tmn Cempaka, Melaka.
Alpha Homestay, Tmn Cempaka, Melaka.
Alpha Homestay, Tmn Cempaka, Melaka.
Alpha Homestay, Tmn Cempaka, Melaka.
Alpha Homestay, Tmn Cempaka, Melaka.
Alpha Homestay, Tmn Cempaka, Melaka.
Subscribe to a feed of stuff on this page...Feed – Subscribe to the set "Alpha Homestay (Tmn Cempaka, Melaka)"