Sunday, February 5, 2012

Selamat Datang Naza dan Rakan-rakan

Seronok nya Naza dan Rakan-rakan di Studio Mewah

Keceriaan di wajah Naza dan rakan-rakan nya menggambarkan mereka begitu gembira dan berpuas hati dengan keselisaan di Studio Mewah kami. Ada dua perkataan yang mereka lafazkan bagi menggambarkan suasana keceriaan mereka: Luas dan Selisa. Itu lah perkataan yang tepat..!
 
Mereka telah menikmati nya, anda bila lagi...? Tempah lah Studio Mewah anda sekarang..!


Saturday, February 4, 2012

Barang dan Peralatan Studio Deluxe

Antara Barang dan Peralatan yang Kami Sediakan

Keselisaan anda adalah keutamaan kami apabila anda menginap di Alpha Homestay. Dua unit aircond di pasang di Studio ini, satu di ruang rehat dan satu lagi di bilik tidur. Dengan suhu yang boleh di laraskan mengikut keselisaan anda, pastinya anda mendapat kerehatan yang secukup nya, setelah penat melawat tempat2 bersejarah di bandaraya Melaka.
Sampai masa untuk anda menonton tv Astro, sambil menikmati teh atau kopi yang kami sediakan dengan percuma (tapi kena masak sendiri laa hehehee...!). Cawan, piring, pinggan, sudu dan garpu semuanya ada kami sediakan. Nak masak air, ada jug kettle. Ada penapis air mineral bagi memastikan anda mendapat bekalan air minuman yang bersih.
Kalau nak memasak atau memanaskan makanan, ada kami sediakan dapur gas, kuali dan periok. Kalau masak dan makan di rumah, boleh la jimat sikit. Dan duit lebih tu boleh la beli cenderahati untuk jiran dan rakan2..

Friday, February 3, 2012

Pandangan Hadapan Luar Studio

Iklan Depan Studio

Bagi memudahkan pengunjung kami mencari Studio Mewah dan Studio Deluxe Alpha Homestay, kami telah memasang satu iklan di dinding depan rumah berukuran 3'x5'. Ia nya agak besar dan senang di lihat apabila pengunjung dan bakal pengunjung melalui depan Studio kami.

Selain dari  iklan, bakal pengunjung juga boleh melihat keadaan sebenar bentuk luaran studio kami ini. Ramai beranggapan studio kami terletak di dalam apartment, kerana amat jarang sekali studio di bina di dalam rumah kedai dua tingkat, sebagaimana yang kami lakukan. Ianya satu percubaan berani yang kami lakukan.

Harapan kami paparan di atas akan dapat memudahkan para pengunjung mencari lokasi kami.

Terima kunjungan En Firdauz dan Cik Mazita

Terima kasih En Firdauz kerana mendiami Bachelors Cottage kami selama satu malam. Beliau ada urusan penting di Melaka pada sebelah malam jadi terpaksa menginap,walau pun hanya sebentar. Beliau dapati tempat kami sangat sesuai untuk tujuan itu dan ingin menginap lagi apabila beliau datang semula ke Melaka. 

Hari ini kami juga menerima kunjungan Cik Mazita, dari Pahang. Beliau akan menginap di Bachelors Cottage kami selama 4 malam, sehingga hari Selasa. Cik Mazita mengambil bahagian di dalam Ekspo Perdagangan Islam di Perkarangan Masjid Al Azim Melaka, sempena sambutan Maulidur Rasul. Semuga CikMazita akan dapat menjual produk nya kepada ramai pelanggan semasa ekspo tersebut. Selamat Berjaya.

Wednesday, February 1, 2012

Makam Hang Jebat











Dalam Hikayat Hang Tuah, Hang Jebat merupakan seorang pahlawan yang telah dibunuh oleh Hang Tuah kerana derhaka dalam pertarungan yang memakan masa 3 hari 3 malam. Hang Jebat pada masa pertarungan itu menggunakan keris Taming Sari yang dianugerahkan oleh Sultan Melaka semasa melantiknya menjadi Laksamana. Keris itu dikatakan menjadikan Hang Jebat kebal tidak lut senjata. Hang Tuah telah berjaya merampas semula keris Taming Sari dalam pergelutan dan menikam Hang Jebat. Selepas menikam Hang Jebat, Hang Tuah yang baru kembali dari buangan, kembali kerumahnya. Hang Jebat tidak terus mati, tetapi telah membalut lukanya dengan kain cindai dan kemudiannya memasuki kampung-kampung untuk mengamuk membunuh siapa sahaja yang melintas dihadapannya. Dia akhirnya menghembuskan nafas terakhir di pangkuan Hang Tuah.


Ungkapan katanya 'Raja adil raja disembah,raja zalim raja disanggah,' menjadi kata-kata hikmat setiap kali memperkatakan perjuangan untuk menuntut keadilan atau bila hendak memperkatakan kezaliman raja yang memerintah. Kesetiaan Hang Tuah kepada raja yang membuta tuli sebaliknya menjadi cemuhan orang-orang di generasi ini.


Makamnya terdapat di Jonker street, Melaka.


baca tentang Melaka disini...
baca Kesultanan Melaka disini...
baca tentang Hang Jebat disini..

p/s insyaAllah kelapangan aku akan kemaskinikan info ttg Melaka dari masa ke semasa!


Kami juga ada menyewakan homestay berkonsepkan bilik Studio  Mewah & Deluxe secara harian dengan tawaran harga terbaek di pasaran! Klik Info!

Selamat Datang Ke Melaka! Masjid Tengkera, 1728



Masjid Tengkera merupakan sebuah masjid yang terletak di Tengkera dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. Ia dibina pada tahun 1728 dan merupakan masjid bersejarah kerana dibina pada zaman pemerintahan Belanda. Masjid ini juga adalah masjid yang kedua tertua di Melaka selepas Masjid Peringgit.

Keunikan reka bentuk Masjid Tengkera pada zaman itu membuktikan bahawa Islam telah bertapak di Melaka sejak 600 tahun yang lalu. Pada asalnya, masjid ini diperbuat daripada kayu dengan atapnya daripada daun nipah dan tiangnya daripada kayu berlian atau ulin yang diimport dari Kalimantan, Indonesia. Masjid ini telah diperbaharui dua kali pada tahun 1890 dan 1910.

Di dalam kawasan masjid ini terdapat makam Sultan Hussein Muhamad Shah dari Johor yang telah mengiktiraf perjanjian awal penyerahan Singapura kepada Sir Stamford Raffles dengan Temenggung Abdul Rahman pada 6 Februari 1819.

Selepas penyerahan Singapura, baginda meninggalkan Singapura dan berpindah ke Melaka. Sultan Hussein Muhamad Shah mangkat pada 5 September 1835 dan dimakamkan di perkarangan masjid ini.

photo set bagi masjid ini boleh dilihat disini...

lihat slideshow disini...

lawat juga laman in bagi gambaran yg mengandungi gambar yang menarik..

http://juhalens.fotopages.com/?entry=1555435

video menarik untuk ditonton bersama..kenali masjid2 lama di Melaka.