Sunday, February 5, 2012

Terima kasih En Mohd dan Pn Hamidah, Ipoh.

Semua Tanggung Beres...!

Kami di kejutkan oleh kedatangan En Mohd dan Puan Hamidah serta keluarga ke Studio Deluxe kami malam tadi. Sudah agak lewat juga tapi kami tiada masalah menerima kedatangan mereka, malahan kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan sesiapa sahaja...

Dari Ipoh mereka ke Palong, Negeri Sembilan, menghadiri majlis kenduri kahwin. Selepas majlis, mereka terus ke Bandar Melaka, untuk menginap dan melawat Bandaraya Bersejarah ini. 

Nasib baik ada kenalan yang membantu mencarikan homestay. Maklum lah, hotel bukan sahaja tidak sesuai untuk keluarga besar, mahal pulak tu. Ujung minggu ni, hotel di Melaka hampir semua nya penuh kerana cuti ujung minggu yang panjang sempena Maulidur Rasul (s.a.w) dan Thaipusam..

En Mohd yang bertugas di salah sebuah Hospital di Ipoh, merasa sangat gembira menginap di Studio Deluxe kami, ianya lengkap, nyaman dan selisa...

Insha Allah, jika di murahkan rezeki, di panjangkan umur, mereka ingin datang lagi dan menginap lebih lama lagi di Studio Deluxe kami.

Semuga kita akan bertemu lagi di musim percutian akan datang..!!

No comments:

Post a Comment