Wednesday, May 30, 2012

En Rokhidi dari Gurun, Kedah

Terima kasih kami kepada en Rokhidi bersama keluarga, yang terdiri dari isteri dan 3 anak remaja lelaki mereka.
Pilihan tarikh yang tepat untuk melawat Melaka iaitu semasa cuti sekolah dan bukan pada ujung minggu. Mudah lah mereka bergerak didalam Bandar Melaka, tak perlu menempuh jem yang teruk.
Selain melawat sekitar tempat-tempat bersejarah, mereka juga mengambil kesempatan melawat kenalan dan saudara mara yang tinggal di Melaka.
Semasa perjalanan pulang, mereka akan singgah berehat di Port Dickson pulak.
Terima kasih kami ucapkan kerana sudi menginap di Homestay Taman Cempaka kami. Harap En Rokhidi dan keluarga gembira tinggal di rumah kami selama 3 hari 2 malam..
Semuga selamat sampai ke destinasi...